Saturday, May 31, 2008
Bila Dia Sudah Puas

Bila Dia Sudah Puas Semalam dia sendiri telanjang tadinya dia bercumbu Hari ini dia telah diperkosakan dan dia pun pergi dari rumah itu mencari matahari yang pecah berwarna jingga TeratakerapungAbsurdisme 270508, 8.30 Alor Setar, Kedah

Posted at 12:15 am by Teratakerapung
Make a comment  

Sawah dan Petani

Sawah dan Petani Pada warna menghijau terbentang amat teratur saf-saf padi, telah air bergenangan di umbinya yang amat malai pada batangnya tegahnya berdiri Pada sore ini Menghimpun yang cahayanya telah pecah nan senja di kala beburung berterbangan di awangan seperti satu jemaah tanpa imam Pada waktu yang sepi dia menghayun mata secangkul pada tua tanah tidak pernah duka yang budinya amat panjang jeritnya untuk sebuah keringat yang basah pada tanah yang menyemai menjadi bernas mewujud padi yang melengkap mengkalimahkan rezeki merimbun Pada akhirnya ia pergi kepada rumahnya teramat fasih setiap langkah hidupan untuk sebuah perjuangan yang tidak pernah malu Yang bermandi dengan darah-darah sendiri untuk menjadi insan petani TeratakerapungAbsurdisme 270508, 18.00pm Alor Biak, Kedah

Posted at 12:13 am by Teratakerapung
Make a comment  

Berenungan Sejenak

Berenungan Sejenak kepada bendang tersenyum menghijau Membelai keringat memandang terlihat Merimbun rezeki pada tua memasak Di kala langit pun nan kelabu Lalu terima kasih segengam menghulur Pada Yang Maha Esa Beburung berapungan melayari awangan Mengiringi tadinya cahaya nan cerah Bersama menghijau bebendang padi di bawahnya Desa beranak pun bermain yang terhimpun Pada rasa suka yang riang di waktu senja Yang mewarnai panoramanya Dan memenuhi ruang-ruang sepak celak Dan aku berenungan sejenak.... TeratakerapungAbsurdisme 26/05/2008, 18.25pm Sg Korok, Jerlun

Posted at 12:11 am by Teratakerapung
Make a comment  

Saturday, May 24, 2008
Katanya Kau Mahu Bercinta (7)

Katanya Kau Mahu Bercinta (7) Katanya kau masih fikir antara kita berdua sambil kita berdua bulan purnama ditatap di celah-celah kesannya Katanya kau bisa gagalkan perasaan bertamu di jiwa pada cakerawala nan indah yang tidak bisa pernah berganjak TeratakerapungAbsurdisme 230508, 10.00pm Taman Shamelin Perkasa, Cheras

Posted at 12:39 am by Teratakerapung
Make a comment  

KATANYA KAU MAHU BERCINTA (6)

KATANYA KAU MAHU BERCINTA (6) Katanya mimpi tetap muncul yang sia-sia dan katanya kau hari-hari disini hingga menjadi bodoh sesekali kerna mengharapkan sebentar lelahan madu dan berbalut mewangi dan kekadang senyuman yang teramat jernih telah memenuhi sepi yang barangkali membisu di dalam dunia kau sendiri Katanya kau memang riang sesekali ada suara-suara boleh bahagia yang dipesankan khabarnya menyatakan lebih sesegar embun pagi yang amat berahi Katanya kau sesekali meneguk nafas bersama kucupan dan ranjang dalam rindu dendam yang jauh sungguh di tipu oleh mimpi yang sia-sia dan hanya kau sahaja mengerti apa yang terjadi Katanya kau mahu ceritakan segala cinta bertasbih jemu yang telah kau kuburkan tapi terhenti kerna kau menyendiri di sebalik rimbunan malu berindu yang bertamu dan kepada-Nya katanya kau kembali TeratakerapungAbsurdisme 230508, 1.50am Greenwood, Gombak

Posted at 12:38 am by Teratakerapung
Make a comment  

KATANYA KAU MAHU BERCINTA (5)

KATANYA KAU MAHU BERCINTA (5) Setelah kau kuburnya dan menjadi seorang siapa Hari ini, Katanya kau masih di sini Di sebalik daun jendela yang terbuka Katanya kau bisa tidak sebutkan lagi Kata-kata duka Hari ini, Katanya kau bertanya ¡§mengapa"¡¨ Ia datang, kalau akhirnya ia mati Bertanya jua, kekadang tetap bertahan dan terus tumbuh Ada juga yang mati begitu sahaja Hari ini, Katanya hidup ini terbentang luas di depan Langkahnya tetap sama Lena dan alpa bersama malam yang riang Tahkala makna cinta kehilangan. TeratakerapungAbsurdisme 220508, 2.00am Greenwood, Gombak

Posted at 12:31 am by Teratakerapung
Make a comment  

Tuesday, May 20, 2008
jerit batinku


JERIT BATINKU



Sesekali tuhan turunkan tangan-Nya dunia ini pasti bergema lagi suara-suara terus mengerang, tanah-tanah merekah hina, lalu digali lubang untuk kuburnya sendiri yang penuh lumpur-lumpur dosa, terpelanting dan bertaburan keburukan penghuni kota, air mata sudah berjutaan di basahi ada ratap tangis sudah tiada keceriaan oleh amukannya, diri sudah ditenggelamkan, tempang pun sudah segala alam berjutaan bersama rekahan bumi, senyuman lagi terbuka hina tidak, dek amukannya, tawa dihisap tiada sudah, mata di luar paksa tangis, sesekali menguap menelan dunia yang tidak berteriak lembut menjadikan tanah debu yang tiada indah, tiada menikmat berdesakan, mungkin dungu, salah dosa, tiada girang untuk bersantap tiada penghuni yang dibayar makan, sesama bisa tiada menghapus dosa pemegangnya. Tiada saat, tiada kata untuk sesebuah peristiwa yang teruk sama sekali lebih tebal yang terjadi pada mata ada hati tak bisa bicara, namun yang terlewat berbicara bila terjadi sudah yang terbatas yang telah pertontonkan dan kelihatan mayat-mayat bergelimpangan yang tidak akan kembali dibangkitkan, tiada terdengar riang ria dan hanyalah ada pesta yang mengutip lumpur-lumpur dosa-dosa semalam.


entah 


TeratakerapungAbsurdisme


200508, 5.00am


Greenwood, Gombak

Posted at 10:09 am by Teratakerapung
Make a comment  

Sunday, May 18, 2008
katanya kau mahu bercinta (4)

KATANYA KAU MAHU BERCINTA (4)


 



 


Dan pena kau pun meneriakkan

Kata-kata tentang cemuhan cinta

Yang kau tidak bisa ada getarannya

Pada ironinya, ada belati dihujungnya

Untuk mengoyakkan rembulan yang suci

 

Dan pena kau pun bernyanyi riang

Untuk menjejaki serpihan itu

Yang kau tinggalkan

Yang mungkinkan

Menjadi milik orang lain

Lalu kau mengembara

Pada semak belukar

yang telah dihinakan


 

Dan pena kau pun menari

seluruh waktu menteteskan

Segala nanah dan luka dalam kehampaan

Dan kau amat benci

berbicara cinta dan bahagia

Yang mengkhianat

dengan kesetiaan pada janji

Lalu kau pun bakarnya

Dan menjadi tanah debu untuk dikuburkan


 

 

TeratakerapungAbsurdisme

180508, 11.30

Greenwood

Posted at 11:17 am by Teratakerapung
Make a comment  

Saturday, May 17, 2008
di suatu hari di kuala lumpur

Di Suatu Hari Di Kuala Lumpur




Aku masih tidak percaya apa yang sedang berlaku pada waktu ini, adakah khayal aku semata-mata, ya, aku sedar sememang aku berangan-angan bila aku tersedar dari lamunan bila dikejutkan riuh-rendah orang ramai dan titisan hujan yang merimbun mengena atap-atap rumah.Sudah beberapa minggu ini hujan tidak merebahkan airnya untuk membasahi kota metropolitan ini yang bernama Kuala Lumpur yang menyusurinya barangkali sudah di kenali seluruh dunia.



Desir angin menderu, berbisik-bisik radio, kabar berita oleh dee jay radio beberapa kawasan di kuala lumpur mula digenangi air lumpur, barangkali banjir kilat. Musibah banjir seringkali menimba kota kuala lumpur, banyak kenderaan dan harta benda mengalami kerosakan.




Dalam kebinggungan ini, aku terus beredar dari katil emput menuju ke ruang tamu membuka TV. Seraya hati aku bertanya



'mengapa kuala lumpur sering melanda musibah ini, siapa yang bersalah dalam hal ini, adakah salah pemerintahnya atau yang diperintah¡¨?




Persoalan ini ditujukan didengari di mana-mana, paling banyak aku mendengar di kedai-kedai mamak.




Perlahan-lahan aku merembatkan kaki kiri dan kanan ke dapur mencapai segelas air masak bila terasa keringan di anak tekak ini, hujan mulai reda menuruni menyembah bumi, baru lah pelapor-pelapor berita mulai datang membuat liputan. Tiba-tiba menarik perhatian aku, seorang jurukamera membuat 'shot' pada kereta aku. Amat melewati orang ramai menyibuk keriuhan yang kebisingan yang berlaku kenderaan dan harta benda mereka yang amat teruk di baham air bah.




Kesedihan pada raut wajah mereka amat ketara, ada sesetengah air mata bergenang dan menuruni membasahi pipi terutamanya bagi wanita, selalunya amat mudah mengeluarkan air mata. Air mulai surut, orang ramai berkerumum dan berpusu-pusu keramaian terhadap harta mereka dan mula menyucikan kotoran lumpur yang masih melekat di badan harta mereka. Masing-masing mengumpulkan semua harta mereka yang sebelum terapung di mana-mana di dalam rumah.




Seorang ustaz tiba-tiba bersuara yang berkumpul antara yang ada di situ,




katanya ¡§kita berdoa agar selepas ini tidak ada musibah datang lari dan di hindari dari penyakit-penyakit akibat musibah ini dan selamat hendaknya¡¨.




Dia mula mengambil posisinya, kedua-dua belah tangannya mula berdakapan antara satu sama lain, dan mula berdoa memohon, suaranya penuh pengharapan yang tinggi memohon kepada tuhan. Tergetar-hgetar suaranya berdoa agar diselamatkan kami daripada segala musibah penyakit dan kedamaian.


¡§Ya Allah, tolong kami¡¨ satu potong ayat yang dinaikan oleh ustaz.




Cahaya kekuningan matahari mulai menyinari di kala sore ini, udara sudah sudah mulai berbisik kuat dan berdesir sembur. Namun, aku masih khuatir, jika musibah sebegini datang melanda lagi kerana fikiran aku sentiasa kekeliruan tentang ujian Tuhan ini. Jika sesekali lagi musibah ini kembali melanda dalam masa terdekat ini, apakah yang akan terjadi pada kota kuala lumpur ini. dugaan-dugaan mulai bergenang difikiran aku, degup jantung aku semakin pantas, aku amat risau jikalau hujan turun membasahi kota kuala lumpur ini dalam masa terdakat ini, bila cahaya kekuningan matahari mula hilang, awam kelabu,satu desir angin yang kuat.




Hati berbisik ¡§mungkin ini lah fenomena biasa, tiada apa-apa berlaku?¡¨




Di satu sudut, suasananya ramai orang yang berkumpul dan bergabung antara satu sama lain yang berantaian manusia yang bergotong-royong mencuci harta benda mereka masing-masing yang dipenuhi lumpur-lumpur yang kekuningan tapi bagi aku hanya bisa hanya memandang. Terpaku pada si anak kecil yang hanya mampu menangis. Tangisan membuat aku kesedih mengenangnya.




Dalam hati aku hanya mampu berdoa kepada tuhan dana mengharapkan sesuatu yang bermakna daripada tuhan, kiranya tuhan yang maha adil ini di harapkan tuhan memberi perlindungan kepada hambanya dan dihindari segala musibah yang amat menyusahkan, aku amat mensyukuri tuhan tidak kerana apa adalah hujan sudah reda, itu sudah bagus. Cahaya matahari sekali lagi mulai kembang meresap di dada bumi dan mulai terbit dibibir bumi dari ketimuran.


Angin mula berbisik hairan dan indah sedikit berhempus tenang setenangnya yang barangkali gerimis yang tidak diundang.




Kederingan berbunyi lagu telefon bimbit yang kelewatan bertanya khabar mungkin, nama Botak tertera di skrin telefon bimbit itu yang berjenama nokia. Sesekali jarang si Botak menghubungi aku, mungkin sesuatu yang hendak di sampaikan, suaranya agak sedih bila memberitahu aku sudah 3 orang terkorban setelah ditelan air bah yang musibah ini. Aku bertanya pada diri sendiri,


"apa sebenarnya terjadi"


Kuala lumpur ini masih lagi menerima air bah yang sebegini besar walaupun sudah banyak peruntukan yang besar di salurkan kepada yang berkenaan, pusing-pusing kepala jika memikir musibah ini sampai bila-bila pun tidak akan selesai dek birokrasi yang semakin teruja.




Hujan tidak lagi menyusur pada sore ini, setitis pun tidak ada yang ada hanya sesegar angin yang semakin terasa indah menderu udara yang berbisik merdu seperti diharapkan bagi memulihkan kekacauan terlalu 'chaos' ini. Fikiran aku tidak mendamaikan selagi tidak merasa tenang di jiwa yang kesedihan pada ujian yang diturunkan oleh-Nya, namun kesedihan tidak ada gunanya, aku patut bersyukur pada-Nya.




Fikiran aku yang selama ini selalunya tidak pasti kepastianya bersama kekaburan yang tidak pasti tapi yang pati fikiran aku amat kekeliruan. Memang selalu ada pada fikiran aku adalah ketidakpastian.




Namun yang pasti hanyalah mampu berdoa dan menundukkan dan sujud kepada-Nya yang MahaEsa agar selalu berpihak kepada aku agar di segarkan kehidupan ini yang akhir zaman barangkali, dan aku tidak pasti, apakah yang berlaku yang akan mendatang. Aku hanya mengharapkan sesuatu yang indah dari Tuhan yang Maha Adil satu intipati yang hebat ke arah keimanan yang kuat dan pengharapan.




Pada sore ini, di hati aku ada sedikit kemarahan entah kepada siapa yang mampu aku lepaskan kemarahan ini, dalam diri aku yang tidak tahu mengapa diri ini boleh berkata sedemikian rupa yang sebenarnya amat buntu fikiran kini yang selama ini berikrar untuk sukses gagasan hati ini yang amar megah sekali terhadap apa yang di hajati. Suasana di perkarangan rumah aku ini yang hening-begar yang bisa disipkan oleh tangis, yang luka lara bila dijamhkan oleh hujan memanjang dan air bah namun ada riang di sebalik duka air bah ini.




Fikiran aku selalu bertanya ¡§ mengapa kami yang naif ini selalu di landa musibah-musibah seperti ini yang seringkali kehidupan susah-susah sebegini, sedangkan orang yang mewah-mewah tidak pula terkena lontaran musibah ini¡¨?, pada aku orang mewah-mewah dan pemerintah ini tidak terus memperjuangkan apa yang diperjuangkan barangkali, dan menjadi mangsanya adalah orang susah-susuh inilah yang harus berjuang bermatian-matian atas nama keadilan.




Keadilan tentang kehidupan seringkali bermain di fikiran aku yang menghampakan pertanyaan ini amat memungkinkan menghinggapi orang-orang yang susah-susah,




Memang terlalu ghaib, terlalu luar biasa, terlalu baik? Pertanyaan ini amat susah dan bisa untuk di fikirkan dengan akal yang terlalu sempit untk diterjemahkan, tetapi mereka berkuasa amat kedunguan yang selalu membuat kesilapan dan dosa yang hanya pandai menyalak di dinding mereka atas dasar politikus mereka. Suara-suara mereka hanya tidak berbicara tentang nasib kami yang susah-susah ini dan saling salah menyalahi antara satu sama lain.




Namun apa masih percaya dan berani, penguasa yang dungu ini yang pandai bermain kata-kata dengan indah di kalangan khalayaknya sahaja dan boleh di katakan ¡§Cakap tak serupa bikin¡¨. Inilah yang selalu terjadi pada penguasa yang amat dungu ini. Barangkali inilah Tuhan amat marah lalu diperturunkan ujian kepada hambanya yang amat kejam perilakunya terhadap alam.




¡§Betapa hina aku yang berfikiran sebegini?¡¨.




Betapa salahnya aku aku beranggapan sebegini. Namun yang pasti, manusia-manusia di limpahi dengan lumpur-lumpur dosa yang mengkhianati terhadap-NYa. Mungkin air bah ini adalah satu ujiannya, bila aku melaluinya terasa keimanan yang ada pada diri aku ini semakin teguh rasanya. Namun pada walnya, air bah adalah amat mengecewakan dan amat mendukcitakan dan terasa derita bila harta benda telah dirosakkan oleh air bah. Fikiran aku memandang musibah ini telah menigkatkan ketekunan aku terhadapTuhan dan aku semakin dewasa terhadap ujian dari Tuhan.




Aku fikir-fikir secara normal, Tuhan memang adil, yang Maha Adil, jika musibah ini melanda mungkin kami sendiri yang bersalah terhadap-Nya yang selalunya banyak membawa masalah kepada alamnya. Tapi aku tahu, Tuhan amat marah dengan mengubah segala penghidupan yang berakhir tragedi. Selama ini Tuhan sudah melimpahi rezeki yang merimbun dan limpah kasih-Nya, namun kita amat lupa kepada-Nya dan hati tetap berkata ¡§Tuhan tetap adil¡¨ santun hatiki selamanya aku terus menurut perintahnya dan meninggalkan apa di larang-NYa. Aku masih percaya, jika aku tidak keimanan yang teguh dan tidak tahu bersyukur, seraya aku akan marah dengan membuat demokrasi itu.




Dan hatiku lagi berkata ¡§Walaupun sesulit mana pun aku tetap setia, sujud padaMu¡¨.




Matyobomoh(teratakerapung)


Kuala Lumpur


2003


p/s cerpen ini dihasilkan ketika berkarya di comunityzero, namun belum sempat di antar.

Posted at 02:05 pm by Teratakerapung
Make a comment  

KATANYA KAU MAHU BERCINTA(3)

KATANYA KAU MAHU BERCINTA(3)




Katanya sekarang kau masih berlegar-legar


Menolak keputusan


untuk bertelingkah


Ke jalan yang berliku




Katanya kau telah menjadi siapa


Setelah diteteskan khianat kecil


yang memilukan




Pagi ini membawa


tangis hinggap di celah-celah kesan cinta


Kau tak ingin gapai lagi




Ah!


Kau telah letih dan jemu!


Tentang cinta



Dan pena kau masih tajam untuk bertinta



 


TeratakerapungAbsurdisme


170508, 3.00am

Greenwood, Gombak.

Posted at 01:11 pm by Teratakerapung
Make a comment  


Next Page



   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: